Tuesday, 25 February 2014

Sejarah Penubuhan

Darul Ehsan, Majlis Ilmu Pelajar Irbid
دار الإحسان،لمجالس العلم،للطلبة الماليزيين في إربد.
Sejarah Penubuhan
Ditubuhkan secara rasmi pada hari Isnin 25/2/2013. Sebelum itu, kelas telah pun berjalan tetapi diadakan secara kecil-kecilan. Penubuhan Darul Ehsan telah diasaskan oleh beberapa orang pelajar Malaysia yang menetap di Irbid dan telah dirasmikan oleh Syeikh Ismail Al-Kurdi hafizahullah.
Objektif Penubuhan
(1) Melahirkan penuntut yang mahir dalam menyampaikan ilmu. (2) Melahirkan individu Muslim yang cemerlang fikrah, sahsiah dan peribadi. (3) Mengaplikasikan manhaj Nubuwwah dalam segenap aspek kehidupan ukhrawi dan duniawi. (4) Merapatkan ukhuwah di antara pelajar Malaysia dan orang-orang Arab.
Misi
(1) Meningkatkan tahap penguasaan pelajaran dalam pelbagai lapangan ilmu. (2) Mengutamakan kaedah bertalaqi ilmu agama bersumberkan teks-teks klasik (turath). (3) Menyebarkan kajian perbahasan ilmiah melalui media massa. (Facebook / Youtube) (4) Menghidupkan budaya ilmu. (5) Meningkatkan kesedaran masyarakat akan kepentingan hidup dalam suasana ilmu. (6) Menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai tunggak asas bagi penyebaran ilmu, dan menjadikan kitab-kitab turath sebagai sandaran dan rujukan.
Visi
(1) Penuntut memiliki keperibadian dan keilmuan yang utuh serta terkehadapan dalam tiga bidang utama, iaitu Ilmu, Suluk dan Dakwah.

1 comment: