Perbahasan ini berkisar tentang beberapa point seperti di bawah
:
1- Matan hadis jariah secara lengkap berserta sanad.
2- Pembongkaran bahawa hadis ini mudtharib .
3- Kata-kata ulama berkenaan tentang hadis ini.
4- Adakah boleh guna hadis ahad dalam aqidah?
5- Larangan menggunakan ayat alquran atau hadis pada zahirnya, yang memberi keraguan
dan tasybih pada Allah SWT.
1- Matan hadis jariah
secara lengkap berserta sanad
.
أخرج مسلم في صحيحه
قال
:حَدَّثَنَا أَبُو جَعْفَرٍ مُحَمَّدُ بْنُ الصَّبَّاحِ وَأَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِى
شَيْبَةَ - وَتَقَارَبَا فِى لَفْظِ الْحَدِيثِ - قَالاَ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ
بْنُ إِبْرَاهِيمَ عَنْ حَجَّاجٍ الصَّوَّافِ عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِى كَثِيرٍ
عَنْ هِلاَلِ بْنِ أَبِى مَيْمُونَةَ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ مُعَاوِيَةَ
بْنِ الْحَكَمِ السُّلَمِىِّ قَالَ بَيْنَا أَنَا أُصَلِّى مَعَ رَسُولِ اللَّهِ
-صلى الله عليه وسلم- إِذْ عَطَسَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ فَقُلْتُ يَرْحَمُكَ
اللَّهُ. فَرَمَانِى الْقَوْمُ بِأَبْصَارِهِمْ فَقُلْتُ وَاثُكْلَ أُمِّيَاهْ مَا
شَأْنُكُمْ تَنْظُرُونَ إِلَىَّ. فَجَعَلُوا يَضْرِبُونَ بِأَيْدِيهِمْ عَلَى
أَفْخَاذِهِمْ فَلَمَّا رَأَيْتُهُمْ يُصَمِّتُونَنِى لَكِنِّى سَكَتُّ فَلَمَّا
صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَبِأَبِى هُوَ وَأُمِّى مَا
رَأَيْتُ مُعَلِّمًا قَبْلَهُ وَلاَ بَعْدَهُ أَحْسَنَ تَعْلِيمًا مِنْهُ
فَوَاللَّهِ مَا كَهَرَنِى وَلاَ ضَرَبَنِى وَلاَ شَتَمَنِى قَالَ « إِنَّ هَذِهِ
الصَّلاَةَ لاَ يَصْلُحُ فِيهَا شَىْءٌ مِنْ كَلاَمِ النَّاسِ إِنَّمَا هُوَ
التَّسْبِيحُ وَالتَّكْبِيرُ وَقِرَاءَةُ الْقُرْآنِ ». أَوْ كَمَا قَالَ رَسُولُ
اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّى حَدِيثُ عَهْدٍ
بِجَاهِلِيَّةٍ وَقَدْ جَاءَ اللَّهُ بِالإِسْلاَمِ وَإِنَّ مِنَّا رِجَالاً
يَأْتُونَ الْكُهَّانَ. قَالَ « فَلاَ تَأْتِهِمْ ». قَالَ وَمِنَّا رِجَالٌ
يَتَطَيَّرُونَ.
قَالَ « ذَاكَ
شَىْءٌ يَجِدُونَهُ فِى صُدُورِهِمْ فَلاَ يَصُدَّنَّهُمْ ». قَالَ ابْنُ
الصَّبَّاحِ « فَلاَ يَصُدَّنَّكُمْ ». قَالَ قُلْتُ وَمِنَّا رِجَالٌ يَخُطُّونَ.
قَالَ « كَانَ نَبِىٌّ مِنَ الأَنْبِيَاءِ يَخُطُّ فَمَنْ وَافَقَ خَطَّهُ فَذَاكَ
». قَالَ وَكَانَتْ لِى جَارِيَةٌ تَرْعَى غَنَمًا لِى قِبَلَ أُحُدٍ
وَالْجَوَّانِيَّةِ فَاطَّلَعْتُ ذَاتَ يَوْمٍ فَإِذَا الذِّيبُ قَدْ ذَهَبَ
بِشَاةٍ مِنْ غَنَمِهَا وَأَنَا رَجُلٌ مِنْ بَنِى آدَمَ آسَفُ كَمَا يَأْسَفُونَ
لَكِنِّى صَكَكْتُهَا صَكَّةً فَأَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-
فَعَظَّمَ ذَلِكَ عَلَىَّ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَلاَ أُعْتِقُهَا قَالَ «
ائْتِنِى بِهَا ». فَأَتَيْتُهُ بِهَا فَقَالَ لَهَا « أَيْنَ اللَّهُ ». قَالَتْ فِى
السَّمَاءِ.
قَالَ « مَنْ أَنَا
». قَالَتْ أَنْتَ رَسُولُ اللَّهِ. قَالَ « أَعْتِقْهَا فَإِنَّهَا مُؤْم
Maksudnya (terus kepada matan hadis) : Daripada Muawiyah bin
Alhakam Assulami berkata : Ketika mana saya sedang solat bersama Rasulullah SAW
, ada seorang lelaki bersin , kemudian saya berkata padanya (يرحمك الله) , tiba-tiba sahaja semua orang yang solat
di situ melihat saya, saya berasa kehairanan lalu berkata : apa yang
menyebabkan kalian memandangkan saya sedemikian.? Kemudian mereka menepuk
tangan pada peha-peha mereka (sebagai tanda isyarat menyuruh saya diam) ,
selepas itu saya pun diam.
Setelah Rasulullah SAW usai solat , sesungguhnya baginda seakan-akan ayah dan
ibu saya , saya tidak pernah melihat pendidik sebelumnya atau selepasnya yang
lebih baik didikannya daripada Rasulillah SAW [ MARI BERSELAWAT KE ATAS NABI
SAW] . Demi Allah , Baginda tidak pernah memarahi saya, memukul saya, mencerca saya
tapi Nabi SAW bersabda : “ Sesungguhnya di dalam solat tidak boleh di dalamnya
terdapat percakapan manusia(perbualan) , hanya terdapat tasbih , takbir dan
bacaan alquran”.
Saya berkata kepada Rasulullah SAW : saya baru masuk islam , telah datang Islam
kepada saya , sebahagian daripada kami pergi kepada pendeta-pendeta (tukang
ramal). Maka Rasulullah berkata : Jangan kamu pergi kepada mereka. Sebahagian
daripada kami menilik nasib meramal keburukan , Rasulullah SAW bersabda : benda
ini , mereka sendiri yang mendapatinya di dalam dada mereka , sesungguhnya
ramalan itu tidak dapat mencegah apa-apa kekeburukan pun.
Sebahagian daripada kami sentiasa merencana (memberi garis panduan) .
Rasulullah SAW bersabda : para nabi juga merencana , sesiapa yang melalui rencana
para anbiyak maka dia selamat.
Saya berkata : saya ada budak perempuan (hamba) sedang mengembala kambing-kambing
milik saya berdekatan uhud dan jawwaniyah , pada satu hari saya ingin menjenguk
kambing-kambing , apabila saya sedang
menjenguk keadaan kambing-kambing , ada seekor musang telah melarikan seekor
daripada kambing-kambing saya. Saya berasa berduka cita lalu saya mengurung/mengikat
budak perempuan itu atas kecuaiannya.
Kemudian aku mendatangi Rasulullah SAW bertanyakan tindakan
aku : adakah saya perlu membebaskannya ? , Nabi SAW menjawab : bawakanlah dia kepada
saya . Kemudian aku bawakannya kepada
baginda SAW, baginda bertanya kepadanya : DIMANAKAH ALLAH ? , budak
perempuan itu menjawab : ALLAH DI LANGIT . Baginda bertanya lagi :
Siapakah saya ? budak perempuan itu menjawab : Kamu pesuruh Allah . Baginda
bersabda : Bebaskannya sesungguhnya dia seorang mukmin.
2- Penbongkaran
bahawa hadis ini mudtharib (dhaif)
Sebelum dibongkarkan bahawa hadis ini mudtharib , perlu
dijelaskan akan maksud “mudtharib”.
يقول الإمام النووي :" هو الذي يروي على أوجه مختلفة متقاربة ، فان
رجحت احدى الروايتين بحفظ راويها ، أو كثرة صحبته المروي عنه ، أو غير ذلك : فالحكم
للراجحة ، ولا يكون مضطربا والاضطراب يوجب ضعف الحديث لإشعاره بعد الضبط ، ويقع في
الاسناد تارة ، وفي المتن أخرى ، وفيهما من راو أو جماعة."
Maksudnya : Berkata Imam Nawawi :” iaitu hadis yang
diriwayatkan dengan banyak keadaan yang berbeza dengan perbezaan yang hampir
sama , sekiranya dirajihkan salah satu daripada 2 riwayat dengan keadaan hafalan
perawi atau persahabatan yang lama dengan orang yang diambil riwayat hadis
daripadanya, atau selainnya , maka hukumnya (yang perlu diambil) ialah pada hadis yang rajih (dengan sebab-sebab
demikian) ,maka hadis tidaklah jadi mudhtharib .
Hadis yang mudtharib menyebabkan hadis itu menjadi dhoif , sebab dianggarkan
sesuatu hadis itu dengan kurang penelitian , kadang-kadang berlaku pada
rangkaian para perawi, kadang-kadang berlaku pada matan, sama ada pada daripada
seorang perawi atau daripada ramai perawi.”
Jadi , maksud mudtharib di sini ialah hadis yang mempunyai
keraguan atau sedikit perbezaan dengan hadis-hadis lain sama ada dari perawi
sendiri atau perawi lain dalam memberikan lafaz sabdaan nabi SAW. Selepas ini , kita
akan lihat bentuk perbezaan dan keraguan yang ada pada hadis ini, insya-Allah.
# Terdapat perbezaan lafaz hadis di dalam 2 riwayat yang
diriwayatkan oleh Muawiyah Bin Alhakam sendiri !?!?
- Riwayat pertama oleh Muawiyah bin Alhakam seperti di dalam sohih muslim
seperti di atas, dengan lafaz (أين الله)
- Riwayat kedua oleh Muawiyah juga tanpa lafaz (أين الله ), Rasulullah
SAW hanya memberi isyarat dengan menunjukkan jarinya ke langit itu seakan-akan menanyakan sesuatu. Hadisnya
seperti berikut :
"من طريق سعيد بن زيد أخبرنا توبة العنبري حدثني عطاء ابن يسار
حدثني صاحب الجارية نفسه (أي معاوية بن الحكم) قال : كانت لي جارية ترعى الحديث . وفيه
مد النبي صلى الله عليه وسلم يده اليها ، وأشار اليها مستفهما : من في السماء ؟ قالت
الله ...الخ"
Isnad hadis ini adalah martabat hasan .
Sebahagian hamba Allah mendhaifkan hadis ini sebab terdapat
perawi bernama (سعيد بن زيد),
sebenarnya perawi ini thiqah , beliau juga di antara perawi-perawi muslim.
Imam Bukhari dan Imam Addarimi berkata tentangnya : (صدوق حافظ)
Lihat, terdapat perbezaan diantara riwayat pertama dengan riwayat kedua dari perawi yang sama. Pada riwayat kedua, Nabi SAW tidak pun bertanya (أين الله), Doktor Umar Abdullah Kamil berkata : 'Bahkan Nabi SAW pun
tidak bertanya (من في السماء)',
hanya memberi isyarat seakan-akan menanyakan sesuatu , maka terus dijawab oleh
budak perempuan tersebut.
Jadi, bagaimana hendak difahami daripada isyarat Nabi SAW itu
dengan mengatakan Allah berada di langit. Mungkin boleh difahami dengan
“Siapakah yang Maha Esa?”atau “Siapakah pemilik tempat turunnya wahyu/ tempat
tawajuh ketika berdoa?” (kerana langit tempat tawajuh ketika berdoa sebagaimana
Kaabah tempat tawajuh ketika solat ).
# Terdapat perbezaan lafaz pada riwayat-riwayat lain yang
diriwayatkan selain Muawiyah bin Alhakam dalam kisah yang sama.
- Riwayat yang pertama dari Musannaf Abdul Razak :
عن بن
جريج قال أخبرني عطاء أن رجلا كانت له جارية في غنم ترعاها وكانت شاة صفي يعني
غزيرة في غنمه تلك فأراد أن يعطيها نبي الله صلى الله عليه و سلم فجاء السبع
فانتزع ضرعها فغضب الرجل فصك وجه جاريته فجاء نبي الله صلى الله عليه و سلم فذكر
ذلك له وذكر أنها كانت عليه رقبة مؤمنة وافية قد هم أن يجعلها إياها حين صكها فقال
له النبي صلى الله عليه و سلم ايتني بها فسألها النبي صلى الله عليه و سلم أتشهدين أن لا
إله إلا الله قالت نعم وأن محمدا عبد الله ورسوله قالت نعم وأن الموت والبعث حق
قالت نعم وأن الجنة والنار حق قالت نعم فلما فرغ قال أعتق أو أمسك
* Tidak perlu
diterjemahkan kesemuanya, cuma diambil mana yang penting berkaitan tentang
tajuk perbahasan.
Menurut hadis ini, lafaz yang digunakan oleh Rasulullah SAW
ialah (أتشهدين أن لا اله الا الله ), iaitu bermaksud “adakah kamu bersaksi bahawa tiada tuhan
selain Allah?” .
Sanad hadis ini adalah sohih.
- Riwayat kedua di dalam kitab Almuwatto’ Imam Malik dan
Assunan Alkubra dari Alhafiz Albaihaqi.
عَنِ ابْنِ شِهَابٍ
عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ بْنِ مَسْعُودٍ أَنَّ
رَجُلاً مِنَ الأَنْصَارِ جَاءَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بِجَارِيَةٍ لَهُ سَوْدَاءَ فَقَالَ
يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ عَلَىَّ رَقَبَةً مُؤْمِنَةً فَإِنْ كُنْتَ تَرَاهَا
مُؤْمِنَةً أُعْتِقُهَا. فَقَالَ لَهَا رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- «
أَتَشْهَدِينَ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ ». قَالَتْ نَعَمْ. قَالَ «
أَتَشْهَدِينَ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ قَالَتْ نَعَمْ. قَالَ «
أَتُوقِنِينَ بِالْبَعْثِ بَعْدَ الْمَوْتِ ». قَالَتْ نَعَمْ. فَقَالَ رَسُولُ
اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « أَعْتِقْهَا ».
Isnad pada hadis ini sangat tinggi, kebanyakan hadis-hadis di dalam kitab
muwatto’ adalah sahih. Kebanyakan para ulamak mengatakan bahawa : Kitab
Muwatto’ adalah kitab hadis sohih selepas alquranulkareem, yang paling awal
dibukukan sebelum wujud kitab sohih albukhori, wallahua’lam.
Berkata Ibnu Kathir dalam tafsirnya berkata mengenai hadis
ini :
(
اسناد صحيح
وجهالة الصحابي لا تضره )
Maksudnya : Isnad hadis ini sohih dan ketidakketahuan
seorang sahabat tidak menjejaskannya.
Berkata Ibn Abd Albar di dalam Tamhid
:
(وان كان ظاهره الانقطاع في رواية مالك فإنه محمول على الاتصال للقاء عبيد
الله جماعة من الصحابة)
Maksudnya : Walaupun pada zahirnya dilihat rangkaian perawi
seakan-akan terputus di dala riwayat Imam Malik , maka sesungguhnya dia diambil
sebagai bersambung sebab Ubaidillah berjumpa dengan jemaah dari kalangan para
sahabat nabi SAW.
- Riwayat ketiga dari Sunan Addarimi
:
أخبرنا أبو الوليد
الطيالسي ثنا حماد بن سلمة عن محمد بن عمرو عن أبي سلمة عن الشريد قال : أتيت
النبي صلى الله عليه و سلم فقلت إن على أمي رقبة وإن عندي جارية سوداء نويبية
أفتجزىء عنها قال ادع بها فقال أتشهدين أن لا إله إلا الله قالت نعم قال اعتقها فإنها مؤمنة
قال حسين
سليم أسد : إسناده حسن من أجل محمد بن عمرو
Hadis ini isnadnya adalah hasan.
- Riwayat keempat ,
yang diriwayatkan oleh Albazzar
dan Attabrani
:
عَنِ ابْنِ
عَبَّاسٍ أَنَّ رَجُلا أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ,
فَقَالَ: إِنَّ عَلَيَّ رَقَبَةً وَعِنْدِي جَارِيَةٌ سَوْدَاءُ أَعْجَمِيَّةٌ ,
فَقَالَ: ائْتِنِي بِهَا , فَقَالَ:أَتَشْهَدِينَ أَنْ لا إِلَهَ إِلا
اللَّهُ؟قَالَتْ: نَعَمْ , قَالَ:أَتَشْهَدِينَ أَنِّي رَسُولُ اللَّهِ؟قَالَتْ:
نَعَمْ , قَالَ:أَعْتِقْهَا.
Berkata Alhafiz alhaithami berkenaan pada sanad hadis ini :
(فيه محمد بن أبي ليلى وهو سيئ الحفظ وقد وثق)
Maksudnya : Di dalam sanad hadis ini terdapat Muhammad Bin
Abi Laila , dia adalah lemah dalam penghafalan , sesungguhnya dia telah
dithiqohkan (dikuatkan, maknanya dipercayai hadisnya).
Kesimpulannya, hadis jariyah di dalam sohih muslim adalah
mudtarib menurut takrif di sisi Imam Nawawi yang telah diberikan di atas, maka
hadis itu telah menjadi dhoif, tidak boleh berhujah dengannya.
Hal ini disebabkan kerana , lafaz hadis ini (أين الله) tidak terdapat pada riwayat-riwayat lain
dan perawi-perawi lain dalam kisah ini , hanya daripada Muawiyah bin Alhakam sahaja. Ianya adalah datang daripada Muawiyah bin alhakam sendiri
dalam ingin mentafsirkan sabdaan nabi tetapi beliau tersilap memberi
pentafsiran . Tambahan lagi , Muawiyah bin Alhakam bukan dalam kalangan ulama
sahabat bahkan bukan dari fuqahak mereka.
3-
Kata-kata ulama berkenaan tentang hadis ini
- Alimam Alhafiz Albaihaqi :
Beliau berkata di dalam kitabnya (الأسماء والصفات) :
وهذا صحيح قد أخرجه مسلم مقطعا من حديث الأوزعي وحجاج الصواف عن يحيى بن
أبي كثير دون قصة الجارية ، وأظنه إنما تركها من الحديث لاختلاف الرواة في لفظه ، وقد
ذكرت في كتاب" الظهار من السنن " مخالفة من خالف معاوية بن الحكم في لفظ
الحديث.
Maksudnya : Ini betul , sesungguhnya Imam Muslim telah
mengeluarkan hadis secara berasingan daripada hadis Alauzai’ dan hadis Hajjaj
assawwaf daripada yahya ibn kathir tanpa disebutkan kisah jariyah. Saya
menyangka bahawa Imam Muslim
meninggalkan kisah ini disebabkan perbezaan lafaz daripada kalangan
perawi-perawi. Saya telah menyebutkan hadis-hadis yang berbeza dengan hadis
Muawiyah bin Alhakam di dalam lafaz hadis di dalam kitab (الظهار من السنن).
Imam Baihaqi dengan jelas mengatakan Hadis Jariyah (أين الله ) tidak
terdapat di dalam sahih muslim , ia
adalah tokok tambah daripada tangan-tangan orang tidak bertanggungjawab yang
ingin memusnahkan agama islam.
Untuk menguatkan lagi apa yang dikatakan oleh Imam Baihaqi,
hadis jariyah ini juga tidak disebutkan oleh Imam Muslim di dalam (كتاب العتق) dan (كتاب الأيمان والنذور ) yang mana kedua-dua ini di antara bab yang
bertepatan dengan kisah aljariyah.
Imam Baihaqi juga menyebutkan hadis ini mudtharib dengan
wujud perbezaan lafaz dalam kalangan perawi.
- Alimam
Alhafiz Albazzar , beliau berkata di dalam musnadnya
setelah meriwayatkan hadis ini daripada salah satu jalan daripada jalan-jalan
hadis ini :
وهذا قد روي نحوه بألفاظ مختلفة
“Dan ini
sesungguhnya telah diriwayatkan sepertinya (kisah yang sama) dengan lafaz-lafaz
yang berbeza.”
- Syeikhul Islam Alimam Alhafiz Ibnu Hajar Alasqalani :
“dan pada lafaz (أين الله ) terdapat percanggahan yang banyak”
Alhafiz Ibnu Hajar Asqalani telah jelas melarang umat islam
beri’tiqod keberadaan Allah SWT , apatah lagi bertanyakan keberadaanNya.
Berkata Alimam di dalam Fathul Bari
:
(فإن ادراك
العقول لأسرار الربوبية قاصر ،فلا يتوجه على حكمه لم ولا كيف ، كما لا يتوجه عليه في
وجوده أين وحيث...)
Maka sekiranya pemikiran akal itu terbatas untuk mengetahui
rahsia-rahsia ketuhanan Allah SWT, maka tidak perlulah dihukum padaNya dengan
‘kenapa’ dan ‘bagaimana’ , begitu juga
tidak ditujukan padaNya akan kewujudannya dengan ‘di mana’ dan
‘darimana’ .
Kesimpulannya, siapakah kita yang ingin mensahihkan hadis
ini sedangkan hadis ini mudtharib lagi dhaif di sisi ulama-ulama huffaz…?
4-
Adakah boleh guna hadis ahad dalam aqidah?
Hadis ahad ialah hadis yang tidak sampai martabat mutawatir
yang membawa kepada qatie’ (iaitu tidak boleh disangkal kewujudan hadis
tersebut).
Hadis Ahad memberi makna (ظن) manakala hadis mutawatir memberi makna (قطعي) di sisi
ulama usul.
Maksud (ظن) ialah setiap
perkara yang mempunyai kemungkinan yang banyak kepada betul, tetapi sedikit
kemungkinan kepada kesalahan.
Hadis ahad , kadang-kadang diriwayatkan hanya dengan satu
jalan atau 2 atau 3 atau kurang daripada 9 jalan periwayatan. Manakala hadis
mutawatir diriwayatkan dengan 10 atau lebih jalan periwayatan, maka di sini
tidak ada kemungkinan kepada tidak thabit.
Di dalam bab aqidah, tidak boleh menggunakan hadis ahad untuk
mengithbatkan sesuatu perkara yang diimani , tambahan lagi hadis yang diragui kewujudannya di dalam Sahih Muslim seperti hadis jariyah (أين الله).
Berkata Alimam Alhafiz Annawawi dalam syarahnya bagi kitab
sahih muslim
:
وذهب بعض المحدثين إلى أن الآحاد التي في صحيح البخاري أو صحيح مسلم تفيد
العلم دون غيرها من الآحاد وقد قدمنا هذا القول وإبطاله
في الفصول ...
[
ثم قال بعد أسطر]
وأما من قال : يوجب العلم –خبر الواحد- فهو مكابر للحس
، وكيف يحصل العلم واحتمال الغلط والوهم والكذب وكذلك متطرق إليه؟! والله أعلم اه.
“Sebahagian para
muhaddith beranggapan bahawa hadis-hadis ahad di dalam bukhari dan muslim itu memberi
makna ilmu (qatie boleh diambil untuk istidlal dalam aqidah) berbeza dengan
hadith-hadith ahad di dalam kitab-kitab sunan lain, saya sudah kemukakan
pendapat ini dan saya telah menyatakan pendapat ini adalah batil (salah) di dalam “فصول”.
[Kemudian Imam Nawawi berkata lagi selang beberapa baris]
Adapaun mereka yang mengatakan bahawa hadis-hadis ahad wajib
memberi makna ilmu (qatie boleh diambil untuk istidlal dalam aqidah) maka ia
berlawanan dengan pancaindera, bagaimana hadis ahad didapati ilmu daripadanya
sedangkan ia membawa kepada ada kemungkinan salah, ragu-ragu, dan dusta .!?!
Kesimpulannya, selagi mana
sesuatu nas atau hadis yang membawa makna (ظن) atau mempunyai kemungkinan salah dari
segi makna atau faham nas , selagi itulah nas itu tidak boleh dijadikan bahan
istidlal dalam aqidah, Inikan pula hadis jariyah !! tidak tahu betul ke tidak
kewujudannya dalam sohih muslim?!?! , sehingga sebahagian daripada mereka
menjadikannya asas-asas dalam aqidah islam… bermakna sesiapa yang tidak beriman
Allah di langit maka telah jatuh kafir…waliyazubillah.
5- Larangan
menggunakan ayat alquran atau hadis pada zahirnya, yang memberi keraguan dan
tasybih pada Allah SWT
Telah sepakat para ulama salaf dan khalaf bahawa tidak
difahami ayat-ayat mutasyabihat pada zahirnya khususnya ayat yang yang boleh
difahami bahawa Allah di langit.
- Telah berkata Qadhi I’yadh , Imam Nawawi menaqalkan kalamnya di dalam Syarah
Sohih Muslim
:
لا خلاف بين المسلمين قاطبة فقيههم ومحدثهم ومتكلمهم ونظارهم ومقلدهم أن
الظواهر الواردة بذكر الله تعالى في السماء كقوله تعالى : (ءأمنتم من في السماء أن
يخسف بكم الأرض ) ونحوه ليست على ظاهرها بل متأولة عند جميعهم.
Telah sepakat semua umat islam (ijmak) ,
fuqahak mereka, muhaddith mereka , mutakalim mereka, nazzhar mereka , muqallid
mereka bahawa ayat-ayat yang zahir dengan menyebutkan Allah di langit atau sepertinya tidak difahami pada
zahirnya bahkan ditakwil di sisi mereka.
Lihat , telah berlaku ijmak umat islam di sini, sesiapa yang
melanggari ijmak boleh membawa kepada kekufuran.
Ada banyak lagi teks-teks klasik belum saya kemukakan dalam
bab ini, cukuplah saya menyatakan bahawa telah berlaku ijmak umat islam bahawa
ayat-ayat mutasyabihat tidak boleh difahami secara zahir.
Wallahutaa’la a’lam
Rujukan :
1-
العلو للعلي
الغفار للإمام الذهبي
2-
كلمة هادئة
في حديث الجارية لدكتور عمر عبدالله كامل
3-
تيسير مصطلح
الحديث لدكتور محمود الطحان
4-
الميسر لفهم
معاني السلم للعلامة المتكلم الشيخ سعيد فودة حفظه الله تعالى
5-
صحيح مسلم
مع شرحه للنووي
6-
مصنف عبد
الرزاق
7-
سنن الدارمي
8-
التلخيص الحبير
لشيخ المحدثين ابن حجر العسقلاني
9-
كشف الأستار
للبزار
10-
السنن الكبرى
للبيهقي
11-
المعجم الكبير
للطبراني
12-
الموطأ للإمام
مالك امام دار الهجرة
13-
الاقتصاد
في الاعتقاد لحجة الاسلام الإمام الغزالي
14-
تدريب الراوي
في شرح تقريب النووي لخاتمة الحفاظ جلال الدين السيوطي